YBrs. Encik Wan Zainul Azam bin Khamid@ Abdul Majid
Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
wzainul.ros[at]moha.gov.my
03 - 8870 2601
Peranan dan Tanggungjawab:
- Memantau pelaksanaan Pelan Strategik Teknologi Maklumat JPPM yang mengandungi perancangan penggunaan ICT dalam menyokong pencapaian matlamat JPPM;
- Memperkenalkan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antaran Jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan;
- Menyelaras pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur ICT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability;
- Menentukan hala tuju sistem aplikasi JPPM bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
- Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-penguna yang sah sama ada dalam atau luar JPPM;
- Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau Jawatankuasa Utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengararah JPPM;
- Mempromosikan kegunaan ICT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik JPPM dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (Champion of Change); dan
- Memimpin dan melibatkan JPPM dalam usaha-usaha Kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek ICT Sektor Awam yang membawa dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.