YBrs. Encik Azhar bin Mohd Aris
Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM),
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
azhararis.ros[at]moha.gov.my
03 - 8870 2601
Peranan dan Tanggungjawab:
- Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT JPPM menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
- Menyediakan dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT JPPM bagi tujuan audit keselamatan ICT;
- Mengenalpasti bidang-bidang keselamatan ICT JPPM yang perlu diberikan perhatian;
- Memastikan tahap keselamatan ICT JPPM adalah terjamin setiap masa;
- Memastikan semua warga JPPM memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
- Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di JPPM;
- Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di JPPM;
- Melaporkan kepada CERT JPPM, CERT KDN seterusnya GCERT NACSA mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di JPPM;
- Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di JPPM bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT KDN;
- Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber serta peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di JPPM;
- Menyebarkan dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT JPPM; dan
- Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di JPPM.